May 10, 2025
Pertandingan Khat (ADNI) 2025 : Part 1
May 8, 2025
KISAH SPENDER
Awal-awal cerita spender ek, so dah agak la lepas ni semakin bukan-bukan ke tak ceritanya, haha!
Aku kan makcik van kepada anak-anak. Jadi memang sepanjang perjalanan ke sekolah tu, banyak benda nak dibahaskan. Bukan aku la selalu topik bukan-bukan ni (ceaa cover line haha). Biasanya topik begini, anak nombor DUA yang mulakan.
Runako : Yoya tak pakai pampers, lain la Ako rasa mami. Macam kempis.
😆😆😆😆😆
Mami : (gelak je la ye tanda support haha)
Runako : Yoya umur 4 tahun baru pakai spender.
Mami : Yoya belum 4 tahun lagi la, dia belum birthday.
Runako : Haah yela. Kalau Hanz umur berapa pakai spender mami?
Dalam kereta tu, ada 4 orang. Kami nak hantar Yuyu dengan Runako pergi sekolah kebangsaan, so ada bayi 2 orang lagi (Yoya and Hanz).
Mami : Hanz 3 tahun jugak.
Runako : Kalau Ako?
Mami : Pun 3 tahun.
Runako : Yurika?
Mami : Sama, semua orang 3 tahun baru pakai spender.
Dorang ni masa kekecik, yang ajar pakai spender semua Qery. Kita sibuk mengandung je taknak fikir benda lain, haha! Qery la before tidur je ajak budak tu gi toilet, budak terjaga je bawak gi toilet. Cuma Leora ni tetiba dia hilang ingatan nak train eh.
Leora pulak memang bab ni tak suka daddy dia. Semua nak mami. Nasib baik dah tak mengandung 😜 Jadi kita rela je la. Walaupun kecik beso kecik beso je aku tengok pak dia terbaring tengok drama korea kat fon. hahaha!
Runako : Kalau mami?
Mami : 2 tahun mami pakai spender.
Bukan kita nak menang eh wak. Memang mak kita dulu bangga beno anak bongsu dia pakai spender umur dua tahun. Habis mak meriak dengan semua kawan-kawannya cakap aku pakai pampers umur 2 tahun. "Zuhana ni dia petah bercakap masa kecik, 2 tahun tu dia dah pandai cakap nak kenc**, taknak dia pakai pampers"
Gitu la ye mak aku. Sebab banyak kali dia cerita tu, aku sampai dah hafal kan. hahaha! lagi-lagi dulu mak aku aktif marhaban la, ada group belajar buat gubahan bunga la. Semua aku ikut pulak (jenis berkepit dengan mak jugak aku ni haha). Jadi tiap kali mak aku cakap pasal aku, kitanya dah standby senyum-senyum kambing. Itu je la modal aku time tu 😆😆
Runako : Kalau daddy?
Mami : Tak tau la daddy, kena tanya daddy.
Yurika : Mesti la mami tak tau kan, daddy masa kecik bukan keluarga mami.
Runako : Tapi Ako rasa malas nak tanya daddy.
Mami : Kenapa?
Runako : Sebab daddy mesti nak menang mami. Mesti daddy jawab, umur setahun daddy dah pakai spender.
Mami : (Aku dah gelak time ni, haha! bebudak ni memang tau sangat perangai daddy dia yang taknak kalah tu)
Runako : Tu ok lagi mami. Entah-entah, daddy cakap. Sejak dalam perut, daddy dah pakai spender.
😆😆😆😆😆😆😆😆
Hahahahaha! Lawaknya. Bebudak ni bitter sungguh la dengan daddy dia. Dorang dah tau perangai daddy dia yang memang selalu taknak kalah tu kan.
![]() |
Budak yang muka sama macam daddy, perangai loyerrrr sama daddy. selalu gaduh dengan daddy jugak 😆 |
So, korang ingat ke korang pakai spender umur berapa??????? Tak ingat? Lemahhhhh. 😜
May 7, 2025
Aktif Blogging Balik Ke Tu?
Entah la korang. Jiwa tu memang suka menulis. Tapi sekarang ni kalau silap tulis, kena kecam. Kita kan dah tua-tua ni rapuh. 😜
Tapi nak update pun, paham la ek. Benda dah lama tinggal, sepuluh tahun ada kot. Nak biasakan menulis tu, semoga je lah rajin and teringat nak update. Biasanya terkubur je kisah-kisah sebelum ni kan. Dah la raya apa semua, nak tengok balik pun jenuh nak scroll.
Kalau blog senang cari. taip je keyword dia, keluar semua kan. Takpun tengok kat bahagian blog archieve tu. Kitanya haritu duk tengok-tengok balik entry lama, rasa macam "mujur aku cerita kat sini, rindu-rindu boleh tengok balik". Sekarang ni pelupa banyak guys, makan apa semalam pun jenuh kita fikir. Kadang otak loading sampai ke sudah. hahaha!
Korang jom la blog balik, tak syok juga eh sorang-sorang blogging. Mana geng zaman-zaman aku dulu, yang dah beranak pinak ni. Kita follow-follow balik kat sini. Korang komen kat entry ni, so nanti aku link kan blog korang. Tapi kome update la dulu blog, kitanya nak baca entry latest. Kat ig tu vibes gosip dia tak sampai uolls, haha!
Aku pin entry ni (ceaaa macam pandai lagi je nak pin pin, jap lg baru tengok balik, janji manis dulu. haha). Korang yang nak bersama-sama aktif tu moh ler komen. Senang nak blogwalking.
Jun 12, 2024
Lahirnya Ann Leora Binti Khairi Fizairi =)
Ann Leora ni baby PKP 😆 Dia lahir 16.8.2021. Cerita mengandungkan Leora ni memang agak dramatik sikit, bukan dramatik apa guys. PKP kan, lecehhhhhhhhh gila prosedur semua benda pun. Sepanjang mengandung, aku tak keluar kecuali ambik vaccine. Haih, cerita pasal ambil vaccine ni kan...
Aku di antara orang yang terawal ambil vaksin guys. Masa tu orang mengandung baru beberapa orang je ambik, hari ke 2 macam tu dia open, aku terus pergi. Sehari sebelum tu dah mintak advice doktor, sebab last boleh ambik vaksin kalau pregnant 36 minggu. Aku pregnant minggu yang ke 36, ngam-ngam 😆
Berani ke? Entah la. Ontheway nak cucuk vaksin, dalam kereta tu dah zikir. Bukan mudah ye awak, mengandung dan ambil keputusan nak cucuk vaksin. Dengan masa tu setiap hari orang meninggal sebab covid. Ada beberapa kes meninggal dan sakit lepas cucuk vaksin, walaupun pihak tertentu menafikan punca vaksin, tetaplah kita risau.(ni takleh komen lebih-lebih ye)
Ok, berbalik kepada cerita vaksin tu, aku memang duk cakap dalam hati, sakit Allah bagi, sihat Allah bagi. Aku serah semua kat Allah, aku ikhtiar je. Takut wei, ramai perempuan pregnant yang kena covid, berapa ramai je yang selamat. Dengan prosedur hospital yang ketat. (Masa ni kan arwah siti sarah tu baru lepas meninggal)
Ko bayangkan ye, kalau ibu kena covid. (ini takyah cerita pasal hospital mana je available, memang so complicated), lepas je bersalin, ibu n anak dipisahkan. Kita ni jenis nak menyusu badan, and bukan itu je anak kita, ada lagi 4 orang kat rumah. Sepanjang pregnant tu, memang aku tak keluar, Qery balik pun spray, terus naik mandi. Sampai aku check up pregnant pun delay.
Nak pi check up pun risau sebab takut virus tu ada melekat kat klinik n hospital. Elok kita tak kena, tiber kena pulak. Huhu! Walaupun alhamdulillah tak ada apa. So awal dapat tau tu, cek kat klinik luar, lepas tu tak cek. Sampai lah minggu ke 28 gitu kot baru hegeh nak cek kat spital. hahahaha!
Doktor punya pening nak tau berapa bulan semua. Doktor kali ni doktor lain, dia tak relax sangat macam doktor sebelum. Bebel wei, aku bebel balik. Kita bayo. 😆😆😆 Dia bebel sebab aku datang dah la lambat, size baby dengan last period macam jauh beza, lepas first check up kat klinik luar tu tak bawak details scan, lepas tu hb rendah. Hahahaha.
Pastu bagitau aku kalau hb rendah risau nanti kalau lepas bersalin, kalau berlaku pendarahan, dorang kena sedia beg darah yang banyak, sebab hb rendah. Kita ni ok doktor ok doktor. Doktor tanya "awak memang tak ada pening ke, rasa nak pitam ke. Sebab selalunya hb turun 10 pun patient mengadu nak pitam. Saya tengok awak jalan laju sangat".
![]() |
Sempat jumpa doktor Ida berapa kali je sebelum bersalin, rasanya 3 ke 4 kali je kot. |
Kita ni memang takde pening nak pitam ke apa. Alhamdulillah eh cuma penat jela. Rasanya itu normal kan. Still la doktor risau kan, ofkos dia risau, dah la masa tu dengan covid lagi, dapat patient terlebih relax 😆😆😆
So doktor kata, sebab saya tak tau due date awak sepatutnya bila, (tapi dia bagi dah la tarikh sekian sekian), katanya kalau 3 hari selepas tarikh tu tak bersalin, serah diri kita induce. Gitu la ye. So aku pun ok ok cam biasa.😆
![]() |
Last check up. Rasanya less seminggu sebelu, bersalin. |
![]() |
Dengan tokin pink hahaha |
Jadi, memang pregnant ke 5 ni, aku dan doktor memang tak tau due data, hahahaha! Sampai lah tarikh yang doktor bagi tu (14.8.2021), aku takde rasa apa-apa. Aku pun doa-doa la, sebab kita taknak induce. Kalau boleh biar la baby keluar sendiri. Start 15.8 (birthday Qaiser), pagi tu aku dah start sakit senggugut. Aku cakap dengan Qery, macam sakit nak bersalin, tapi baru mild. Masa tu dah pakar eh rasa contraction, hahaha!
Aku cakap kat Qery, nak sambut birthday Qaiser dulu lah, kang jadi apa-apa, atleast dah sambut birthday Qaiser, kita ni fikir kalau meninggal ke apa je la kan, sebab nak bersalin. Tiap kali bersalin pun fikir itu je. Huhu!
Tengah menahan sakit, sediakan birthday party kat rumah untuk Qaiser, dah siap tiup belon. Aku buat sorang-sorang sebab Qery handle all anaks kat tingkat atas. Aku plan nanti siap je, dorang turun terkejut la ada birthday party. Tp tu la eh, siapkan semua dengan menahan sakit contraction bukan mudah, tapi bukan tak boleh hahaha 😆😆😆
Setel semua, lepas maghrib tu, aku cakap kat Qery. Kita keluar lepas Isya la. Aku rasa mungkin beranak malam ni, atau esok paginya lah. Cam biasa nak solat dulu siap-siap kat rumah, tinggal nak beranak je. Lepas Isya tu (call Maira suruh jagakan anaks, call mak n mertua bagitau), aku bergerak ke Hospital Pantai.
Bukti perut besauuu 😆
![]() | |
ootd jap sesampai spital, tetap tokin pink |
![]() |
sebelum cek covid, duduk lek dulu kat tempat menunggu |
And berlakulah prosedur cucuk hidung, test covid, kena tunggu dua jam sebab nak tengok ada covid ke tak. Uih masa ni berdebar la kita. Qery pun buat test, sebab dia nak teman masuk labor room kan. Sampai spital jam 9.30 malam macam tu.
![]() |
Rupa labor room untuk yang tak pernah masuk |
Cek bukaan, test covid, dalam 2 jam. Pukul 12malam macam tu, dapat masuk labor room. Alhamdulillah.. Masuk je labor room aku dah lega. Aku risau ada drama belum dapat result covid tiba-tiba aku dah nak beranak pulak. Sebab masa tu pun memang sakit contraction teruk dah.
So masuk labor room, cek bukaan dah 8. Doktor masukkan drip lagi ayoyoyoyo sakit dia, hahaha! Masa tu aku dah takleh sangat rasa, nurse cakap nak injection, nak gas, semua aku nak. 😆
Gas tu kan, tekak kering, mamai. Aku sampai terlelap dalam kesakitan. Mintak pengsan jugak, doa Ya Allah bagi la pengsan sekejap, nak rehat sekejap je dari kesakitan. Time tu macam, baru paham nikmat sihat tu macam mana kan. Tiap kali bersalin gitu la eh, tapi still Alhamdullillah la zikir, apapun yang Allah bagi, terbaik untuk kita. hashtag sempat. hahaha!
Tengah sakit-sakit tu, tiber nampak doktor depan mata, eh bila masa doktor datang, haha! nampak sangat lalok teruk sedut gas tu 😆, dia suruh push push. Eh tiber kena push. Kita pun push la. Pukul 1.48pagi, lahirlah Ann Leora. Lepas Leora lahir, doktor tu ada tanya aku soalan, aku jawab, tapi aku pun tak tau aku jawab apa. hahahaha.
Tapi sempat tanya doktor, koyak banyak tak 😆😆😆
Dah pindah masuk ward biasa, mintak nurse anak. Nurse cakap, taknak rehat ke kak. hahaha. Kita memang cenggitu ye, berebut anak dengan nurse. Orang lain buh anak kat nursery, kita nak tidur dengan baby. Sian baby, baru lahir kat dunia dah pisah dengan mak. Paham tak uolls aku ni mak macam mana, hahahaha! Betapa stressnya aku fikir kalau kena covid kena pisah dengan anak berminggu + bulan. Baru buh nersury je aku dah mintak 😆😆😆
Kalau nak buat test kat anak aku, ambik kejap je, kang bagi balik eh. haha. Aku pi toilet pun mintak nurse tunggu kejap je kat luar. so funneh. melekat je dengan Leora. Dengan semua anak begitu lepas lahir. Baby tu tidur je, tak susah jaga pun, ada baby dengan kita senang juga nak stimulate susu.
Spital tempat aku bersalin, tiap pagi akan ada sorang nutrision datang bagitau dan tunjuk cara menyusu dengan betul semua. Dia datang ingat anak pertama kan, aku cakap la anak ke 5. dia cakap "macam tu saya keluar balik lah, tengok cara awak menyusu pun dah tahu" 😆😆😆 Kebetulan masa tu aku tengah kemas barang, berdiri sambil menyusu. haha lawak betul rasa.
So macam biasa jugak, aku bagitau Qery nak tidur kejap. Nanti pepetang aku mintak balik. Alhamdulillah, setakat 5 anak, urusan hospital memang mudah, aku nak balik awal pun tak ada masalah. Nurse semua baik sangat. Doktor baik. Staff nurse semua baik. layanan tip top. Kakak kesayangan kat sana (Kak Rini + Kak Rina) yang banyak sangat bantu sepanjang bersalin 5 orang.
Qery dah bersedia nak bawak aku balik, macam biasa la. Aku balik hari yang sama. 😆
Senang sangat jaga baby, semua bayi saya lepas lahir memang berkepit dengan saya, jadi tak ada drama airmata, tak ada kembung, kuning tak tinggi, Alhamdulillah sangat.
All beradik. Izz Qaiser umur 7 tahun dah ada 4 adiks, hahaha! Pastu dia cakap, dah mami. Abang rasa dah cukup adik beradik abang. 😆😆😆
Before ni memang tanya dia jugak, boleh ke mami beranak lagi, boleh tolong jaga ke. Dia ok je. Tapi masa Leora dia kata cukup. Sebab ada dua bayi, Hanz dan Leora. Maximum dah dia kena jaga tu, hahahaha! Tq abang Izz Qaiser selalu tolong mami, and tq semua anak-anak mami selalu bantu each other.
Manja dengan semua beradik, bongsu kan 😆
Ann Leora Binti Khairi Fizairi. 💕💕💕
Berpantang kali ni dengan 5 anaks. Kita siap masa berpantang drive kereta ambik n hantar anak ke sekolah, hahaha!
Badan masing-masing, masing-masing je tau kekuatan sendiri. Orang selalu tanya, Sepet memang tak koyak ke masa bersalin, koyakkkkk wak. Tapi sebab kita aktif kan, 3 ke 4 hari pertama tu dah baik. Kita bersila je, tapi takla ganas-ganas. Kita masak berdiri kat dapur semua, tapi slow slow la tak la macam orang sihat, minggu kedua aku dah sihat boleh berlari setempat. (mak kol, aku biasa cakap jangan risau mak, boleh berlari dah ni, tergelak beliau, hahaha)
Gitulah kisah saya dan bersalin dan berpantang. Kena tenang-tenang. Benda yang sangat salah dalam mindset orang sekarang.
1. Kalau pregnant kena makan untuk dua orang.
Salah, makan lah untuk diri sendiri je, budak tu dia sedut sikit je nutrisi dari mak. Takde nya kena makan sehari sampai 4 pinggan. Saya sehari makan sekali je masa pregnant. Elok anak keluar 3kg ke atas.
2. Pregnant jangan buat kerja berat.
Bukan semua orang tak boleh buat kerja lasak. Tengok kondisi janin tu, kuat atau lemah. Ada orang kuat je. Tapi tak la sampai angkat perabut tiap hari. Dah kenapa. 😆 (tapi ada orang doktor advice untuk banyak berehat sebab janin tak kuat)
3. Berpantang kena rehat je, macam tuan puteri.
Boleh kalau ada orang layan kita macam puteri. haha! Tapi, kalau uolls tak aktif, luka pun lambat sembuh (bukan suruh berlari masa berpantang 😆), tapi bergerak lah. Ada orang takleh turun katil pun, tukang jaga tak bagi. Kannnn.... Ada orang, kena lipat baju pun rasa sedih n rasa tak special sebab tak dapat layanan bak puteri. Kita kena bergerak untuk cepat sihat dalaman. Ok sistur.
Selamat untuk semua sekali yang sedang mengandung, berpantang. Moga korang selalu happy dengan keluarga masing-masing. Muah!!
Jun 7, 2024
Lahirnya Hanz Kenzie Bin Khairi Fizairi =)
Walaupun mak update ni masa umur Hanz dah 4 tahun, mak tetap ingat Nak kejadiannya. Jangan risau, ingatan mak ni kuat, jangan tanya semalam makan apa je, itu tak ingat, hahaha!
Hanz Kenzie anak ke 4 dari 5 beradik. Insyaallah la setakat ni 5 beradik. Tak tambah dah ye sebab umur Qery dah 40 tahun. 😆 Padahal masa aku lahir, arwah abah umur 46. hahaha. Tapi memang kalau dulu kawan-kawan abah ingat, aku ni cucu dia 😆😆😆 Jadi kita taknak itu terjadi ye, tak tambah dah kecuali eksiden, kahkahkah!!
Masa bersalinkan Hanz, anak ke 4 kan dah macam tak ambik kisah sangat dah berapa minggu. Tapi still la aku mengandung cukup bulan walaupun dah kali ke 4. Due date Hanz 19 March 2020.
18hb March, first day MCO, pukul 1 pagi macam tu, aku dah rasa sakit senggugut. Tapi kan memang hujung-hujung pregnant, kita boleh detect false contraction dengan yang contraction sebenar macam mana. Before ni macam kerap je false contraction, tapi 18 Mac tu, aku rasa macam yang sebenarlah.
Start la cek kekerapan sakit tu. Aku gerak Qery bagitau perut aku dah sakit. Mungkin harini boleh beranak. Aku suruh dia tidur dulu, aku nak kemas-kemas beg apa yang patut. So malam tu, aku dah siap semua and cuba tidur sekejap. hahaha. Sempat eh kau nak tidur dengan contraction bagai.
Kalau korang follow aku kat instagram, memang aku macam relax sikit nak beranak tu macam nak pi mall je kan. 😆😆😆 Aku belajar dari pengalaman anak pertama guys. Aku tak sanggup nak berlama-lama sakit kat hospital. Aku bukan jenis beranak sakit terus bersalin. Aku nak tunggu bukaan tu lama. Kalau sampai spital, dia suruh kita baring, dan pasang alat-alat kat perut. Dah la tak selesa. Nak tahan sakit sambil baring, sebenarnya lagi siksa tau.
So, better aku dah tau tahap sakit banyak mana baru pergi spital. Orang tak sama eh, tapi aku jenis macam tu. Aku boleh sambung tidur, sebab mild contraction kan. Pagi pukul 5 lebih macam tu, aku gerak Qery, mintak siap-siap. Aku budget nak tunggu Subuh dulu, solat kat rumah, lepas tu baru lega nak pi beranak ke apa.
Kalau korang ingat, masa tu aku ada helper nama Maira kan. So aku call Maira bagitau nanti tolong datang subuh, ni jagakan anak-anak kejap. Aku nak pi beranak. ahahahahaha!
Maira ni helper aku daily lah. Aku ambik dia kerja masa Yuyu setahun lebih, sekarang dah tak ada helper lah since Leora 3 bulan, Maira dah balik Indonesia sebab nak bersalin. Ok sambung cerita, Maira akan datang Isnin sampai Jumaat, dari pukul 6.30 pagi, balik pukul 3petang. Kebetulan first day MCO, patutnya dia tak boleh datang kerja kan sebab all masa tu dah start work from home, tapi aku call mintak tolong jaga kejap. Aku nak beranak 😆
So tunggu Maira datang dalam pukul 6.30 tu, aku call mak n mertua lah bagitau nak pergi spital beranak. Tolong doakan dipermudah bla bla bla bla. Sampai hospital , (semua anak bersalin kat Pantai Hospital Cheras) dalam pukul 7 lebih, aku bagitau lah nurse.
Aku : Malam tadi dah start sakit contraction. Tak tau la boleh beranak harini ke tak, nak cek bukaan.
Nurse : Ok boleh, Puan bagi card appointment, masuk labor room terus kita cek.
Dah cek cek, bukaan 7, hahahahaha. Bijak kan kita datang timing perfect. Mampuih kalau spital gov ni kena maki eh kalau dah sakit lama baru sibuk nak datang. 😆
Nurse : Ok Puan, masuk terus kita pasang drip.
Aku : Boleh tak sekejap lagi, bagi saya nak try buang air dulu.
Nurse : Puan nak buang air je kan, bukan sakit nak beranak kan. (pastu kawan dia cakap, dia pandai la beza nak beranak dengan nak buang air, anak ke 4 dah, hahaha. aku gelak je dengar)
Aku : Haah, sakit tapi bukan nak push lagi. nak buang air dulu, sakit perut.
Nurse : Ok nanti lepas tu kita pasang drip eh.
Aku paling trauma, rasa contraction bila pasang drip. Sakit dia bukan sakit biashe-biashe. luar dari kebiasaannya eh 😆 Sebab setiap kali nak bersalin, tak pernah tak pasang drip. Mesti pasang jugak, aish geram betul. Jadi aku bertenang kali ni. Mak cuba.
Duk berzikir segala, aku tak kisah la Qery nak buat apa kat tepi tu. Aku fokus selawat, zikir. TIba-tiba nurse datang tengok kat mesin tu, kan dia ada bagitau skali contraction kita berapa, time dia sakit teruk kan boleh nampak kat monitor tu. So nurse boleh tau la tahap kesakitan patient dia.
Masa nurse datang tu, aku tengah relax zikir. Nurse cakap..
Nurse : Puan ok ke, contraction bacaan 150 ni. Nampak macam ok tak ada apa-apa pun tu.
Aku : Yeke (berbalik ke belakang, sebab aku belakangkan monitor, tak selesa mengadap sana sebab jari kan kena cucuk, jadi dia selesa mengadap belah situ)
Aku tengok monitor tu memang bacaan tinggi, tapi kita kan memang tengah tahan sakit sambil zikir. terus bersyukur walapun bacaan tinggi tapi Allah bagi rasa kuat untuk tahan sakit.
Wei masa tu, roh ustazah masuk dalam diri aku.😆😆 Aku cakap dalam hati, terima kasih Ya Allah bagi rasa sakit nak bersalin, ada orang tak pernah rasa sakit macam ni, ada orang nak sangat rasa bersalin tapi tak dapat, terima kasih, alhamdulillah. Gitu eh tahap syukur dia, hahahaha!
Pastu sampailah bukaan 10, doktor dah datang. Kita pun push la macam biasa (macam biasa ekkk haha). Lahirlah Hanz Kenzie dalam jam 9.51 pagi. Kiranya duration menahan sakit tu dalam 2 jam la. tu pun macam nak mati jugak aku rasa 😆
Habis bersalin Hanz, aku ngantuk gila, nurse suruh alih-alih badan nak ke katil lain pun, rasa berat sungguh bontot aku. Rasa nak tutup mata tidur terus. Sampai je ward, memang aku terus tertidur. anak ke apa langsung tak ingat, hahahaha. Dah tengok la masa lepas bersalin tu, kan nurse terus letak baby kat dada mak. kita belek-belek sikit, Qery azankan, time tu lah jahit kt bawah, keluarkan uri bagai.
Masa ni Qey tengah azankan anak
Aku bagitau Qery, aku ngantuk sangat, nak tidur. Balik la dulu tengok anak-anak kat rumah. Nanti takyah datang, datang kalau nak ambik aku bawak balik je. Bagi aku tidur dulu.
So aku pun tidur, dan makan banyak-banyak (makanan hospital) sebab nak cepat baik. Kita ni nak kena kuat cepat, sebab berpantang sendiri dengan jaga anak-anak yang masih kecik. Kat tekak aku sedap je makanan spital, hahaha! Xtau la masa tu memang lapar ke apa, tapi memang sedap 😆😆
Sampai lah doktor datang pukul 2 petang macam tu tanya aku ok tak semua. (doktor yang sama masa aku bersalin Luth n Yurika, so doktor tu memang dah kenal lah. Aku pun macam biasa eh, mintak balik. Hahahaha!
Gila eh Zuhana ni memang begitu. Aku bersalin pukul 9.51pagi, hari yang sama balik pukul 8pm. Itupun sebab baby kencing lambat sikit. Kita kan boleh balik lepas baby berak dan kencing. Hari yang sama aku balik. Memang macam pergi balik kerja je la eh beranak ni 😆😆😆
Sampai rumah, budak-budak dah tunggu. Maira memang takde dah la. Masa ni kan start pasal covid semua. Kita pun tak berani mintak dia duduk lama-lama. Sepanjang covid tu berapa bulan, Maira tak datang lah, kita ada baby kecik, mana berani. Maira pulak duduk beramai-ramai. Jangan cari pasal ek.
Tapi berpantang anak ke 4 ni memang terpaling best. Terpaling relax, terpaling syok, sebab Qery ada kat rumah, hahahaha! Dulu dia kerja kan, sekarang ni dia ada teman sepanjang berpantang. Nikmat Allah bagi masa bersalin no 4. Alhamdullillah. 💖
Begitulah kisah bersalinkan Hanz Kenzie 💕💕💕
Yurika first time ada adik. Suka dia. hehe!
Masa ni Qery ada PDPR, tolong jagakan Hanz, sementara mami mandi, masak 💚
Nanti kita update pasal bersalinkan Leora pulak okiessssss....
Jun 6, 2024
Jodoh Aisyah (bukan nama sebenar haha)
Ni sembang kosong je tau, sebab teringat haritu menyembang dengan Qaiser.
Siapa Aisyah???
Kita gamble eh bagi nama, sebab kan ramai je nama Aisyah, hahaha! Kawan yuyu pun ramai nama Aisyah. Cerita dia begini...
Anak-anak aku ni, dorang kan sekolah kebangsaan dan sekolah agama. Kalau tahap 1 (darjah 1,2,3) sekolah agama pagi, kalau tahap 2 (darjah 4,5,6) sekolah agama petang. So since Qaiser darjah 2, dia selalu cerita pasal Aisyah ni asik kacau dia kat sekolah agama. Kebetulan sangat, Aisyah dengan Qaiser ni sekolah kebangsaan pun sama. hahahaha
Tak ramai kawan sekolah agama Qaiser, yang satu sekolah kebangsaan dengan dia. Selalunya kawan sekolah agama dia, sekolah kebangsaan kat tempat lain. Korang paham kan maksud aku ni, sebab area rumah aku ni, ada banyaaaaaaaak sekolah dekat-dekat je. Memang bila dia cakap Aisyah ni satu sekolah kebangsaan jugak. aku punya gelak besar. hahahahaha. Macam jodoh tu memanggil-manggil eh 😆😆😆
Aisyah ni setahun muda dari Qaiser. Maksudnya Qaiser darjah 2, Aisyah darjah 1. Gitu.. So aku pun dengar ke la Qaiser tiap hari cakap Aisyah kacau dia. Lepas tu kawan-kawan perempuan dia bagitau kat Qaiser, Aisyah suka dia. hahahaha! Aku warning la macam biasa ek, takleh ada girlfren bla bla bla. Tapi kelakar la bila dengar dia mengadu tu. Nampak semua undercontrol lagi la.
Bila Qaiser naik darjah 3, Runako pun naik darjah 1. Jadi, masa ni Runako pun bagitau benda yang sama kat aku, Aisyah kacau abang. Ala Aisyah tu kacau macma panggil-panggil nama Qaiser, pastu lari, pastu pandang tempat lain. Gitu je la eh. Takde la extreme bagi surat ke apa. Qaiser pun tak melayam. tapi memang satu sekolah tu tau la Aisyah ni suka Qaiser. Sampai kan kawan-kawan lelaki Qaiser tanya, Aisyah ni girlfren kau ke. 😆😆😆
So ada satu hari ni, hari yang kita datang tengok reportcard. First time la aku jumpa Aisyah. Budaknya comel je, hahaha. Cantik, manis. Tapi sebab aku ni first time tengok, memang tak ingat sangat kalau tengok sekilas. Yang aku komen cantik manis ni sebab dah banyak kali tengok. Awal tu aku tak ingat jugak sebab bila budak tu dah terlepas, baru Qaiser bagitau "tadi tu Aisyah mami". Eh manaaaaa la kita boleh ingat. Kita keturunan pakcik noh, bukan scanner. 😆
Tahun ni, Qaiser darjah 4. So dia tak jumpa Aisyah sebab berlainan sesi kan. Dia dah sekolah petang, Aisyah sekolah pagi. Tapiiiiii.........naik pulak anak aku si Yurika ni darjah 1. Maka berjumpalah Yurika dengan Aisyah.
Ofkos Yurika pun tau pasal Aisyah suka abang dia si Qaiser, dah berapa tahun kami kat rumah ni kena dengar keluhan si Qaiser kan, hahaha. Tapi Qaiser tahun ni lega teruk eh 😆
Qaiser darjah 4 (sesi petang)
Aisyah darjah 3 (sesi pagi)
Runako darjah 2 (sesi pagi)
Yurika darjah 1 (sesi pagi)
Tahun lepas, masa Qaiser darjah 3, dia naik van. Sebab tu aku tak kenal Aisyah ni. Tahun ni, aku yang jadi makcik van, jadi tiap pagi aku akan nampak Aisyah. Dia akan tunggu Yurika kat depan pintu pagar, pegang tangan pimpin bawak masuk sekolah. Kalau balik pun, dia akan pegang tangan Yurika, tunjuk mana kereta mak dia. Jaga macam kak ipar sungguh la hahahaha. Aku dalam kereta terkekek-kekek gelak.
Si Runako tu, bitter wei. Dia cakap apa kat aku. Aisyah tu pura-pura baik je mami. Dia kalau dengan budak perempuan, pura-pura baik. Tapi kalau dengan lelaki, suka cari gaduh.
😆😆😆
Ofkos lah, perempuan memang macam tu kan guysss. Aku malas explain kat Runako, dia kan bitter. biarlah dia dengan bitter dia kan, kahkahkah. Bagi aku, Aisyah ni budak baik.
Nak dijadikan cerita, kami anak beranak berborak la dalam kereta.
Mami : Qaiser, nanti besar jadi doktor lah. Kalau abang belajar pandai-pandai, boleh jadi doktor.
Qaiser : Tapi matematik abang macam lemah sikit mami. Macam mana kalau abang tak dapat jadi doktor?
Mami : Abang cuba dulu. Kalau abang rasa tak boleh jugak, abang cari isteri doktor.
Qery dah tergelak-gelak kat sebelah. hahahahaha!
Qaiser : Ish mami ni, abang mana pandai cari-cari. Mami carikanlah untuk abang... (Ya ampun anak aku pun, dia ingat mak dia serius, hahaha. Macam esok nak kawin je suruh kita cari 😆)
Mami : Okay nanti mami carikan abang isteri seorang doktor.
Qaiser : Ok mami (😆😆😆)
Mami : Nanti mami suruh Aisyah belajar pandai-pandai jadi doktor.
Qaiser : MAMIIIIIIIII!!!!!!!
Hahahahahahaha. Aku dengan semua orang dalam kereta ketawa bersepah. 😆
Mami : Kan ramai orang nama Aisyah bang, Aisyah Humaira, Aisya Delaila, Siti Aisyah, abang ingat Aisyah mana ni.
Qaiser : Ok mami... (bunyi pasrah)
Hahahaha. Seronok menyakat anak sendiri eh.
Makcik doakan Aisyah dapatlah jadi doktor. 😆😆😆
Jun 5, 2024
Nak Tips berpantang sendiri ke uolls???
Ramai sangat (anggap la ribu lemon eh, hahaha) yang mintak tips untuk berpantang sendiri. Tengok Sepet macam senang je berpantang. To be honest, dia senang kalau kita bersedia.
Sebelum aku buat next entry untuk tips berpantang sendiri ni, aku nak korang tau, bukan semuaaaa orang boleh berpantang sendiri. Bukan semua orang boleh handle emosi masa berpantang. Bukan semua orang boleh berdikari dan rasa happy. Ada orang bila dia buat sorang-sorang, dia rasa teruk, dia rasa tak ada siapa ambil berat pasal dia, tak ada siapa sayang. Lagi-lagi emosi masa berpantang. Dapat pulak baby, dengan tak ada pengalaman handle baby. Baby nangis tak tau buat apa.
So, kalau korang kategori kat atas ni, aku tak sarankan untuk berpantang sendiri lah. Sebab takut meroyan. Risau nanti stress dan trauma nak mengandung lagi. Ramai je yang bukan trauma masa mengandung dan bersalin, tapi trauma masa berpantang. So kita fikir dulu, kita ni kategori mana.
Korang boleh berpantang sendiri kalau....
1. Husband jenis membantu.
kalau suami jenis yang semua benda jenis tak reti. mintak tolong pun halah halah. Jenis asyik nak tengok handfon, tak peka, lebih baik jangan berpatang sendiri.
2. Boleh kawal emosi (tak cengeng)
Ini diri sendiri je yang tau lah. Kita ni kalau penat nangis, stress nangis, asik tak puas hati dengan diri sendiri, pun jangan la berpantang sendiri.
3. Kuat (mindset dan tubuh)
Hahahaha, nak kata diri sendiri kuat ke cane?? Kuat kat sini banyak sudut eh. Tapi kuat tubuh badan yang paling dominan. Mindset kuat, badan pun akan automatic kuat. Kita ni kan, tahap kekuatan Allah bagi tu tak sama, ada orang masa berpantang boleh dukung anak 10kg, ada orang masa berpantang angkat kerusi je. so kekuatan orang ni tak sama. Kalau korang rasa kuat, boleh berpantang sendiri, kalau tak, jangan.
Cukup la 3 tu. Aku taknak la nanti bila aku bagi tips berpantang sendiri, korang nak paksa-paksa diri ikut. Sebab bukan semua orang sama. Kita ni semua tak sama.
Lahir tak sama, cara besar tak sama, pengalaman hidup tak sama, pasangan pun tak sama, anak pun tak sama. Kalau memang korang terpaksa berpantang sendiri, boleh cuba tips ni. Kalau korang memang nak berpantang sendiri, dah ready mental dan fizikal, boleh juga guna tips ni.
Aku jenis santai je berpantang. Bukan berpantang strict gila tu. Ada orang tak boleh minum air sejuk langsung. Ada orang tak boleh makan telur langsung, ada orang tak boleh makan gulai, tak boleh itu tak boleh ini. So, nanti aku share cara aku berpantang sendiri. Yang baik ambik, tak baik jangan ambik, hahaha!
Stay tune ye kawan-kawan. Entry Taman EduFlora kita tangguh dulu, sebab project tu masih berjalan lagi. Nanti siap baru aku update lagi.
EduFlora SKPJ : Part 3 (Gotong Royong 1)
Salah satu sudut taman, dorang nak buat bahagian taman herba. So sini all pokok herba. Belum betul2 susun. Gotong royong pertama ni, kami cuma nak alihkah pokok-pokok, mengecat, susun tu next pulak sebab masa terhad kan. Kami buat ni, anak-anak semua ada kat sekolah. Tak boleh lama, anak-anak lapar nak makan. Kita buat sampai tengah hari je. 3 jam macam tu je dapat. Jadik lah kan buat ramai-ramai, dapat buat banyaaaak juga.
Ini pun susun je mana boleh dulu. better la dari sebelumnya.
Bergambar dulu sebelum ada yang nak balik, parent ada yang kerja masuk tengah hari. Terharu kan, kerja masuk petang, sempat juga datang tolong sampai tengah hari.
Bersama Kak Ros upin ipin 😆😆😆
Gambar kenangan sekitar gotong royonf. Actually ramailagi nak join, tapi hari yang sama. Ada guru kelas buat gotong royong cantikkan kelas. So ini mana yang ada. Pun dah ramai 💕
Parent siap bawak air, sandwich, karipap, kenyang betul. Tq semua bagi pihak Cikgu Qery. Biasalah eh isterinya selalu melebih-lebih dalam hal apa pun. hahahaha. Nanti kita sambung part lain. Tak sabar nak taman ni siap.
Kalau ada typo tu paham-paham la ye, kita budak 80-an mata boleh auto correct sendiri kan. 😆😆😆
Jun 4, 2024
EduFlora SKPJ : Part 2 (Meja Batu)
Aku up balik gambar dari story. Dalam lori ni ada banyaaaaaak set meja batu. Sebab ada lagi customer lain punya kan. Anyway, tq follower yang sudi infaq untuk sekolah Qery. Walaupun korang pun tak ada kena mengena dengan sekolah Qery, terima kasih sudi merealisasikan impian seorang Cikgu Khairi Fizairi yang teringin sangat nak sekolah dia cantik.
Cantiknya uolls, aku tengok ni rasa terharu sangat. Sekolah Qaiser ada banyak meja batu ni. Lagi sekali explain eh, haha. Sebab tiap kali aku up kat story, mesti orang konfius. Jadi bagitau lagi. Qaiser dan Qery tak sama sekolah. Qaiser dia sekolah area rumah aku je. Kami memang dari awal dah bincang untuk tak nak anak-anak satu sekolah dengan Qery. Banyak lah sebabnya eh, nanti tu explain lain. Kesimpulannya, sekolah Qaiser (dan adik-adiknya) ada banyak meja batu ni. Memang function teruk set meja batu ni sebab murid2 boleh la main, atau duduk lepak. Nice view la kalau nak tengok.
Aku bukan nak banding beza sekolah itu sekolah ini. Cuma tak sangka, akhirnya sekolah Qery dapat jugak meja cantik ni macam sekolah lain. Hahahaha. Tak dinafikan setiap sekolah ada keistimiewaan sendiri. Cuma bab keceriaan tu, mungkin orang lain rasa tak penting, tapi sebenarnya pengaruh sekolah cantik ni, besar untuk anak-anak.
Dan rezeki jugak, abang lori tu cakap customer reject meja Didi ni, tak sure la kenapa. So dia tanya Qery nak tak, dia bg diskaun sikit. Qery pun tanya la pentadbir dia, sekali pentadbir dia kata ok, ada balance duit sikit untuk beli ni. Jadi lah 10 set meja batu ni. Lompat bintang eh kita. hahahaha!
So, 4 set meja kat Taman EduFlora (nanti aku tunjuk kat korang tamannya). 5 set meja cadangnya nak letak kat sini (gambar bawah)